Keputusan untuk meninggalkan dalam dunia lakonan seperti yang diumumkan pelakon Fatin Afeefa sebelum ini adalah keputusan muktamad yang dibuat atas kerelaan hati.
Menurut suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai, dia gembira melihat isterinya kini yang memberikan fokus sepenuhnya terhadap keluarga tanpa perlu memikirkan hal-hal lain.
Malah, Opai juga memuji bahawa tindakan yang diambil untuk meninggalkan industri adalah keputusan terbaik memandangkan Fatin kini sibuk menguruskan perihal anak-anak sekaligus menjadi isteri dan ibu yang terbaik dalam keluarga mereka.
“Saya rasa lebih baik isteri saya tinggal di rumah dan fokus menjaga anak-anak dan saya rasa isteri saya pun seorang ibu yang sibuk. Dia tak pernah menang apa-apa award tapi di rumah dia menang isteri dan ibut terbaik.
“Jadi saya rasa itu adalah pencapaian terbaik dan terbesar dalam life, alhamdulillah.
“Dia seorang isteri, ibu, menantu dan anak terbaik. Semestinya saya sangat gembira dia duduk di rumah. Siapa sahaja tidak suka apabila setiap hari dilayan seperti raja, sediakan makanan, buat kopi dan mendengar arahan kita sahaja?
“Bagi saya sebagai seorang suami, memiliki isteri yang memberi fokus terhadap anda adalah the ultimate goal in life,” ulasnya.
Ketika ditanya sama ada Fatin pernah menyuarakan hasrat untuk kembali semula dalam industri, Opai bagaimanapun menjelaskan mereka tidak pernah berbincang menegnai perkara itu lagi.
“Dia tidak pernah menyuaakan mahu kembali ke industri kerana kita berbincang mengenai perkara itu cuma sekali sahaja iaitu masa sebelum kita berkahwin dan selepas itu kami tak pernah bercakap soal itu lagi. For what nak berlakon? What’s the need? Bukan nak kena bayar rumah ke apa ke, lainlah macam macam we are happy each other to pay the bill.
“Saya rasa semua lelaki patut melakukan apa yang saya lakukan itu adalah sunnah. Tapi banyak lagi saya perlu belajar sebagai seorang manusia,” katanya.
Sekadar info, Fatin dan Opai mendirikan rumah tangga pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 9.
Sumber: Mstar