Pelakon Nora Danish berkata dia tidak menutup pintu hati untuk berkahwin lagi meskipun dua kali gagal dalam rumah tangga.
Memetik mStar Online, Nora berkata ketika menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu, dia ada menitipkan doa supaya dipertemukan jodoh yang mampu membimbingnya ke arah kebaikan.
BACA: Nora Danish Selesa Hadir Majlis Ilmu Bersama Bekas Suami
“Siapa sahaja tidak mahu kahwin kan? Saya pun tidak pernah putus harapan ataupun trauma dengan perkahwinan sebelum. Saya ada doa (semasa di umrah) untuk dipertemukan dengan insan yang baik. Namun, biar saya berubah ke arah kebaikan dulu.
“Bila kita sudah faham agama, jadi saya mahu cari orang yang sesuai, mempunyai hati yang baik. Namun sehingga sekarang masih belum jumpa,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata tiada lelaki yang mendekati dirinya namun disebabkan dirinya single ada yang cuba kenenkan dirinya dengan ustaz single.
“Tiada yang dekat-dekat. Cuma bila kita single ni, kita menghadiri beberapa kelas, jumpa ustaz single, orang akan cuba kenen-kenenkan, itu biasalah,” katanya.
SUMBER: mStar Online