Siapa perdana menteri baharu Syria?

Siapa perdana menteri baharu Syria?

Damsyik: Selepas penggulingan kerajaan Bashar al Assad yang sudah melarikan diri ke Rusia, Perdana Menteri baharu, Mohammed al Bashir, dilantik untuk mengetuai kerajaan baharu.

Kumpulan pemberontak itu diketuai Hayat Hayat Tahrir al Sham (HTS), pimpinan Abu Mohammed al-Julani, menubuhkan kerajaan peralihan untuk mentadbir negara.

Kerajaan sementara ini dijangka sehingga Mac depan akan menyelesaikan isu perlembagaan.

Namun, di sebalik itu, siapakah Mohammed al Bashir yang sebenarnya?

Menurut Sky News, Bashir dilahirkan di wilayah Idlib di barat laut Syria, pada 1983. Beliau lulus dalam ijazah kejuruteraan elektrik dari Universiti Aleppo pada 2007, sebelum terus berkhidmat dengan Syarikat Gas Syria.

Selepas perang saudara meletus pada 2011, beliau menjadi pengarah sebuah institusi yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak yang terjejas akibat konflik.

Beliau memperoleh ijazah kedua dalam Syariah dan Undang-undang dari Universiti Idlib pada 2021.

Pada awal tahun itu, Bashir dilantik sebagai ketua Kerajaan Penyelamat, yang menjalankan sesuatu di kawasan dikawal kumpulan pemberontak.

Beliau dipilih sebagai perdana menteri oleh Majlis Syura Am, yang terdiri daripada wakil daripada organisasi awam dan masyarakat berbeza di bawah kawalan kerajaan.

Kerajaan Bashir terdiri daripada anggota Kerajaan Penyelamat yang mentadbir kubu kuat pemberontak di barat laut sebelum kejatuhan Bashar.

Kerajaan baharu bermesyuarat buat kali pertama pada Selasa lalu dengan perdana menteri terdahulu, Mohammad Ghazi Jalal antara yang hadir.

“Kami ditugaskan perintah am untuk menguruskan hal ehwal kerajaan Syria semasa tempoh peralihan.

“Kerajaan ini adalah kerajaan sementara sehingga Mac 2025, sehingga isu perlembagaan selesai,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu.

Menurut Sky News, pemimpin pemberontak Abu Mohammed dan HTS kekal diisytiharkan Amerika Syarikat sebagai pengganas kerana hubungan masa lalu mereka dengan al Qaeda walaupun Abu Mohammed sudah meninggalkan ekstremisme dan kini berdakwah pluralisme dan toleransi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top