Siapa jadi pengganti Paus Francis?

Siapa jadi pengganti Paus Francis?
Antara Kardinal yang disenaraikan sebagai pengganti Paus Francis. Foto Agensi

Antara Kardinal yang disenaraikan sebagai pengganti Paus Francis. Foto Agensi

VATICAN CITY – Pemergian pemimpin spiritual Gereja Roman Katolik, Paus Francis pada Isnin memulakan tradisi untuk melantik pengganti beliau dalam tempoh 15 hingga 20 hari akan datang.

Pemilihan Paus baharu akan dibuat secara tertutup dan diputuskan oleh Pemilih Kardinal Gereja Katolik terdiri daripada 135 kardinal yang berusia di bawah 80 tahun dijadualkan pada awal Mei depan.

Beberapa penganalisis percaya pengganti Francis berkemungkinan dari luar Eropah berikutan mendiang sendiri telah melantik lebih 140 kardinal dari luar benua itu sepanjang tempoh khidmatnya selama 12 tahun.

Terdapat beberapa calon utama yang tersenarai iaitu pemimpin kedua tertinggi Vatican, Pietro Parolon, Kardinal Luis Tagle (Filipina), Matteo Zuppi (Itali) dan Pierbattista Pizzaballa (Baitulmaqdis).

Francis meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat strok yang menyebabkan koma dan kegagalan jantung.

Beliau akan menjadi Paus pertama dalam tempoh lebih seabad yang tidak akan dikebumikan di Vatican setelah pemimpin tersebut memilih Basilica of St Mary Major di Rom sebagai tempat persemadiannya pada Sabtu ini. – Agensi

Scroll to Top