Pelakon, Haneesya Hanee geram apabila sebuah syarikat jenama pakaian memberi layanan buruk ketika dia memohon tajaan bagi persediaan drama terbaharunya.
Pemilik nama Sharifah Haneesya Hanee Syed Sahlan berkata, dia tidak kisah seandainya mana-mana pihak menolak permohonan tajaannya.
Namun, dia akui terkilan apabila berdepan dengan sikap manusia yang kurang ajar.
“Saya tidak pernah melihat orang yang kerja dalam bidang khidmat pelanggan (customer service) yang kurang ajar begini. Tahap macam minta penampar.
Kalau tak mahu beri tajaan, saya tidak kisah. Saya okey sahaja tetapi tak perlu kurang ajar dan boleh cakap baik-baik.
“Tak semua jenama mampu nak beri tajaan sebab saya sendiri ada perniagaan, saya faham,” katanya.
Artikel lain: Haneesya Hanee tiada tawaran berlakon tahun ini, ibu terpaksa gadai emas teruskan hidup
Haneesya Hanee geram
Dalam hantaran tersebut, aktres berusia 24 tahun itu turut berkongsi tangkapan layar perbualan pengurus yang juga ibunya sendiri, Nor Hasnida bersama individu berkenaan.
Menerusi perbualan tersebut, ibunya mengajukan usul berkaitan kerjasama menerusi penajaan persalinan bagi drama terbaharunya.
Namun, permintaannya ditolak dengan alasan mereka tidak memerlukan pelakon terbabit sebagai medium pemasaran produk selain memaklumkan tidak mengenai Haneesya sendiri.
“Kami tak perlukan marketing dari dia. Dia pun kami tak kenal dan crowd dia tidak memberi keuntungan kepada audiens kami,”maklum wakil syarikat berkenaan.
Apa yang membuatkan dia lebih kecewa apabila wakil syarikat berkenaan turut memintanya menutup aurat terlebih dahulu.
Tak kisah tapi tak perlu buat macam tu…
Haneesya berkata, dia akur sekiranya orang tidak mengenali dirinya walaupun pernah memenangi anugerah.
Akan tetapi, ia tidak bermakna mereka boleh berkelakuan kasar terhadap ibunya.
“Saya tak kisah jika orang tak kenal saya walaupun pernah menang anugerah.
“Namun, saya tak mahu dedahkan siapa orang ini, tidak perlu buat dia jadi terkenal,” ujarnya lagi.
Instagram will load in the frontend.
Haneesya bagaimanapun enggan mendedahkan jenama berkenaan kerana mahu mengelakkan pihak terbabit mendapat promosi secara percuma.
Sumber: Instagram haneesyahanee