Shuk Sahar Dedah Perkahwinan Dengan Fara Salleh Belum Daftar

Shuk Sahar Dedah Perkahwinan Dengan Fara Salleh Belum Daftar

Nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi perhatian apabila rumah tangganya bersama Fara Salleh didakwa bermasalah.

Pelawak itu dikatakan mengabaikan isterinya sehingga timbul dakwaan dia membiarkan Fara dalam keadaan gantung tak bertali.

Shuk Sahar dedah perkahwinan dengan Fara Salleh belum berdaftar…

Dalam satu temu bual bersama Melodi TV3, Shuk tampil menjelaskan situasi sebenar dan menafikan dakwaan tersebut.

Tak adalah saya nak biarkan isteri gantung tak bertali sebab kalau betul dia dah failkan cerai, saya tunggu juga surat dari mahkamah.

Cuma itulah, kalau perkahwinan kami pun belum berdaftar, macam mana nak failkan sesuatu di mahkamah.

Menurut Shuk, dia tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa kerana khuatir akan menyesal kelak.

Pada saya, saya tak mahu buat apa-apa keputusan sekarang sebab kalau saya buat, ketika itu mungkin saya dalam keadaan yang tak okey. Jadi, saya taknak menyesal di kemudian hari.

Ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa dia tidak mengakui kandungan Fara sebagai anaknya, Shuk meminta agar bukti dikemukakan jika benar dia pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Saya tak pernah pun keluarkan ayat isteri beban dan kawan yang beri rezeki. Saya minta keluarkan satu bukti yang saya cakap anak itu bukan anak saya. Tak ada bukti tau, sebab itu saya diamkan saja.

Masih sayangkan isteri tapi ada hadnya…

Di akhir temu bual, Shuk mengakui masih menyayangi isterinya, namun menegaskan bahawa perkahwinan memerlukan usaha dari kedua-dua belah pihak.

Saya ini bukannya bodoh sangat. Kalau betul saya tak sayang anak, cari anak-anak saya tanya macam mana saya dengan mereka. Sudah tentu saya sayangkan isteri tetapi saya pun ada ‘limit’.

Kalau perkahwinan dulu gagal itu sebab saya yang gagal tapi perkahwinan yang sekarang ini, usaha itu bukannya datang dari sebelah pihak saja.

Ia perlu dari kedua-dua belah pihak tapi kalau sebelah pihak saja yang berusaha tak akan jadi apa-apa.

Sebelum ini, Fara mendakwa Shuk seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan lebih mengutamakan kawan-kawannya berbanding keluarga.


Scroll to Top