Shuib mengaku pernah main judi, menang RM68,000 -“Aku dah tak main lepas itu..”

Shuib mengaku pernah main judi, menang RM68,000 -“Aku dah tak main lepas itu..”

Pelawak, Shuib mengaku pernah main judi ketika waktu mudanya suatu ketika dahulu.

Pendedahan itu dibuat menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikannya bersama Shuk Sahar dan Fizie, baru-baru ini.

Shuib mengaku pernah main judi

Pemilik nama Shahmira Muhamad mendedahkan dia pernah terjebak dengan permainan judi sehingga sanggup membayar wang sebanyak RM150 bagi satu pusingan.

“Banyak duit dah aku habiskan untuk main permainan itu dan aku pernah ‘bet’ RM150 ‘per spin’ (setiap pusingan).
“Dalam satu minit sebenarnya permainan itu boleh main sebanyak tiga atau empat ‘spin’. Jadi, kau bayangkan berapa ratus ringgit boleh dihabiskan dalam satu minit?”kongsi pelawak berusia 39 tahun.

Shuib pernah dikepung gangster?

Bagaimanapun,  ketagihan yang ada pada dirinya terhadap permainan tersebut juga pernah membuatkan dirinya kerugian sebanyak puluhan ribu ringgit.

Bukan itu sahaja, Shuib memaklumkan dia juga pernah dikepung oleh beberapa orang ‘gangster’ sewaktu memenangi permainan itu ketika menjalani penggambaran sebuah filem di Ipoh pada tahun 2013.

“Masa itu aku main dan menang sebanyak RM68,000. Bila dah menang tiba-tiba tuan kedai macam tak nak bagi aku duit itu. Dia anggap aku dah ‘game’ mesin itu.
“Dia siap ‘call’ panggil beberapa orang gangster datang ke kedai, ada dalam enam orang masa itu.
“Sampai ja diaorang di situ, diaorang panggil aku dan Shuk ke bilik belakang dan terus dia cakap, ‘Shuib, kau ini artis. Kenapa kau main mesin?’
“Bila aku dengar saja dia cakap macam itu, terus aku cakap, ‘Kalau abang dah cakap macam itu maksudnya abang memang tak nak bagi duit ini. Tak apalah, saya gerak’.
“Lillahitaala, aku cakap pada diri aku ini adalah kali terakhir aku main judi dan memang aku dah tak main dah lepas itu,”ujarnya.

 

Artikel lain: Sambil2 minta sedekah, makcik tua layan judi online bawah bekas duit

Alhamdulillah, dah insaf…

Pun begitu, dia menceritakan dia tersentak ketika dia berhadapan dengan ancaman daripada individu lain ketika berjudi dan itu membuatkan dia memutuskan untuk tidak lagi terjebak dengan permainan itu.

Shuib juga berpesan kepada orang ramai untuk tidak terjebak dengan permainan haram tersebut yang akan memudaratkan kehidupan di masa akan datang.

“Perbezaan dia MashaAllah, Allah nak bagi. Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak.
“Tapi kehidupan kau masih susah, bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak,”nasihatnya.

Video podcast penuh:

Bekas anggota Sepahtu itu juga berkongsi rezekinya semakin banyak dan dia mula mempunyai perniagaan seperti Bubblebee dan banyak lagi selepas berhenti judi serta-merta.

Ingat, jauhi judi guys! Jangan sesekali terjebak sehingga mengakibatkan kesan buruk buat diri sendiri terutama keluarga terdekat.

Sumber: YouTube Shuib Channel