Pelawak Shuib dan Mamat Sepah memberitahu mungkin belum rezeki buat mereka untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan depan.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Shuib berkata tindakan itu diambil selepas syarikat agensi umrah yang dipilih didakwa terpalit kontroversi baru-baru ini.
“Mungkin belum rezeki kita Mat nak pergi umrah bulan puasa ni. Mulanya semua nampak ok untuk berkerjasama. Tapi bila kita nampak macam-macam masalah yang timbul, jadi kita ambil keputusan untuk tarik diri dari pergi bersama travel agency tersebut,” tulisnya.
Dalam video dikongsikan itu juga, Mamat dilihat sedih sambil dipujuk oleh Shuib namun tidak dijelaskan lebih lanjut mengenai agensi berkenaan.
Dalam pada itu, Shuib turut memberi peringatan supaya syarikat berkenaan tidak menggunakan wajah mereka untuk mempromosikan pakej umrah.
“Harap pihak yang berkaitan tidak menggunakan lagi wajah kami untuk sebarang promosi.. InsyaAllah ada rezeki lain Mat, kita doa ada agensi yang lebih sesuai yang boleh baw kita pergi Umrah Mat,” tulisnya.
SUMBER: Ohmymedia