Shinkansen ‘terputus’ dalam perjalanan ke Tokyo

Shinkansen ‘terputus’ dalam perjalanan ke Tokyo

TOKYO – Sebuah shinkansen membuat pemberhentian kecemasan antara timur laut Jepun dan Tokyo pada hari Khamis selepas dua kereta api yang bersambung terpisah, kata pengendali kereta api JR East,

Tiada kecederaan dilaporkan.

Ketika kejadian terdapat kira-kira 320 orang penumpang berada di dalamnya.

Perkhidmatan itu, menggabungkan kereta api berkelajuan tinggi Komachi dan Hayabusa, berhenti di antara stesen Furukawa dan Sendai di wilayah Miyagi di Laluan Tohoku Shinkansen pada jam 8.10 pagi.

“Bukan sesuatu yang luar biasa untuk kereta api Shinkansen berhenti untuk pemeriksaan keselamatan, tetapi saya terkejut kerana ini adalah kali pertama saya mendengar bahawa ia ‘terputus’,” kata seorang lelaki berusia 59 tahun yang berada di dalam kereta api kepada Kyodo News dalam temu bual telefon.

Kejadian itu tidak menyebabkan gerabak tergelincir.

Susulan kejadian itu, JR East menghentikan sementara semua perkhidmatan kereta api laju itu antara Tokyo dan Shin-Aomori di Wilayah Aomori untuk pemeriksaan.

Ia kembali beroperasi sekitar jam 1.10 petang. selepas menyelesaikan pemeriksaan kedua-dua kereta api Hayabusa dan Komachi di tapak dan memindahkannya ke stesen Sendai.

Kereta api itu disambungkan di stesen Morioka dan sedang menuju ke Tokyo apabila mereka ‘berpisah’. – Agensi

Scroll to Top