Penyanyi Shila Amzah mencadangkan agar pihak penganjur Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) mempertimbangkan untuk menaikkan jumlah hadiah utama atau menyediakan saguhati kepada semua finalis.
Shila Amzah suarakan pendapat

MenerusiĀ X, Shila berpendapat bahawa kos yang ditanggung oleh finalis untuk menyediakan persembahan terbaik di pentas AJL adalah tinggi, dan hadiah kemenangan seharusnya lebih setimpal.
Berdasarkan jumlah artis dah berbelanjakan untuk pentas AJL kan, macam dah boleh naikkan duit grand prize tu.
Atau macam kena ada hadiah (duit) saguhati at least kepada semua finalis sebab semua spend tu.
Netizen setuju dengan cadangan

Perkongsian Shila Amzah itu mendapat sokongan daripada ramai netizen, yang bersetuju bahawa hadiah kemenangan perlu sepadan dengan usaha dan kos yang dikeluarkan oleh para peserta.
Ada yang menyatakan bahawa pentas AJL memerlukan pelaburan besar daripada artis, termasuk kos pakaian, props, efek pentas, dan tenaga kerja untuk memastikan persembahan mereka memukau.
Buat masa ini, pihak penganjur belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini.
#ApaKataOhmedia
Bakat dan kreativiti artis perlu dihargai dengan setimpal. Jika mereka sudah berusaha memberikan yang terbaik, hadiah yang diberikan juga seharusnya lebih berbaloi dengan pengorbanan mereka!