Pelakon hebat tanah air, Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad akhirnya memilih jalan damai selepas berbulan-bulan terpalit dengan isu perselisihan faham.
Menurut laporan mStar, kedua-duanya tampil bersama secara terbuka dalam siaran langsung di Tiktok dan menjelaskan bahawa segala salah faham telah diselesaikan dengan baik.
Semua dah tengok depan-depan macam mana saya dengan Sharnaaz. Selesaikan? Tak perlu lagi panjangkan cerita.
“Ini bukan marketing!” – Aaron Aziz

Aaron turut menegaskan bahawa kemunculan mereka bersama bukanlah gimik pemasaran untuk mempromosikan filem Original Gangster lakonan mereka.
Ini bukan marketing. Cuma yang penting kami dah selesai dengan cara yang elok. Benda yang dah lepas itu, lepaslah.
Sharnaaz Ahmad akui tersentuh, hormati Aaron sebagai senior

Sharnaaz pula mengambil peluang menasihatkan orang ramai agar tidak lagi menjadi batu api yang menyemarakkan pertelingkahan.
Menurutnya, salah faham itu hanya berpunca daripada kata-kata pihak luar yang cuba melaga-lagakan mereka.
Saya rasa masalah ini sudah selesai… Kami hormat antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dia lebih senior daripada saya.
Ketika berlakon filem Original Gangster, saya rasa diri ini kecil sangat berbanding Aaron.