Penyampai radio Sharifah Shahirah tetap bangga dengan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2024 anak perempuannya, Airra Zulkifli walaupun memperoleh 1A.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh stesen radio Sinar FM di laman Instagram, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera menyifatkan Airra yang mendapat keputusan A dalam subjek bahasa Inggeris sebagai satu kemenangan.
Instagram will load in the frontend.
“1 A tanda memperoleh kemenangan!
“Baik semua lulus… B Sejarah, Kimia pula dapat E, kenapalah Airra ambil Kimia tak ambil melukis? Dia minat melukis,” katanya.
Dalam perkongsian itu, Shiera menghadiri ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati , Kuala Lumpur untuk mengambil sendiri keputusan Airra memandangkan anaknya itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan ke Langkawi, Kedah.
Difahamkan, anak perempuannya itu sudah mengetahui keputusan SPM menerusi semakan secara dalam talian.
Artikel lain: Tanpa kira keputusan, 3 Pagi Era mahu belanja makan malam hargai calon SPM 2024
Sharifah Shahirah tetap bangga
“Saya datang ke sekolah anak saya nak ambil keputusan SPM. Tapi anak saya tiada, dia hendak naik kapal terbang pergi Langkawi pukul 1 nanti.
“Jadi sekarang dia dalam perjalanan ke lapangan kapal terbang sebab sudah beli tiket lebih awal dan dia tidak tahu keputusan SPM keluar hari ini.
“Dia sudah tengok keputusan dalam talian tapi tidak mengapa saya datang untuk semak sendiri di sekolah,” katanya.
Sekadar info, Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy Azhari pada tahun 2003 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Shiera juga pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali dan memiliki seorang anak yang bernama Tallisya.
Sumber: Instagram @Shiera Ijoy