Shahida Nafi Aliff Syukri Berkawan Baik Dengan Rebecca

Shahida Nafi Aliff Syukri Berkawan Baik Dengan Rebecca

Usahawan Datin Seri Shahida menafikan dakwaan netizen yang mengatakan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri bersahabat baik dengan pelakon Rebecca Nur Al Islam.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shahida menjawab komen netizen yang mendakwa Aliff dilihat tenang berkenaan isu keluarganya kerana dia dan Rebecca berkawan ketika menjadi model satu ketika dahulu.

BACA: “Kalau Saya Kahwin Orang Kaya, Buat Apa Susah-Susah Berniaga Di Pasar”

“Korang perasan tak, Datuk Aliff macam tenang je pasal hal ni, tak berapa nak melenting sangat, sebab apa? 

“Sebab Rebecca ni kawan baik dia masa diorang jadi model dulu, jadi mungkin tak nak merosakkan hubungan, Datuk Aliff ambil pendekatan untuk tenang-tenang je, netizen yang beria kan?” komen netizen.

Menafikan dakwaan netizen itu, Shahida berkata suaminya dan Rebecca tidak pernah berkawan baik dengan Rebecca serta beranggapan cerita tersebut tidak berasas.

“Maaf saya nak jelaskan suami saya tak pernah berkawan atau bersahabat baik dengan dia. Harap hentikan cerita-cerita tidak berasas,” katanya.


Scroll to Top