Sepanyol mara ke final

Sepanyol mara ke final

Marseille: Pemain gantian, Juanlu Sanchez menjaringkan gol kemenangan di lewat permainan untuk memastikan Sepanyol bangkit dari ketinggalan dan menewaskan Maghribi 2-1 pada hari sekali gus mara ke final bola sepak lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.

Maghribi mendahului melalui penalti Soufiane Rahimi menjelang akhir separuh masa pertama di Stade Velodrome, Marseille.

Bagaimanapun, Fermin Lopez dari Barcelona menyamakan kedudukan di pertengahan separuh masa kedua dan kemudian menyediakan peluang kepada pertahanan kanan Sevilla, Sanchez, untuk menjaringkan gol kemenangan.

Ini adalah penampilan kedua berturut-turut Sepanyol di final bola sepak lelaki Olimpik.

Mereka terpaksa berpuas hati dengan pingat perak tiga tahun lalu di Tokyo selepas kalah dalam masa tambahan kepada Brazil.

Sepanyol, yang mengejar emas kedua selepas kemenangan mereka di Barcelona pada tahun 1992, akan bertemu dengan Perancis atau Mesir di Paris untuk final.

Maghribi masih berpeluang meraih pingat pertama mereka dengan memenangi perlawanan penentuan pingat gangsa di Nantes.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top