Kecoh di media sosial sejak semalam apabila tular dakwaan kononnya seorang mangsa maut akibat melecur dalam insiden kebakaran paip gas di Taman Putra Harmoni, Putra Heights.
Menurut laporanĀ Kosmo, polis tampil menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan maklumat yang tidak sahih.
Tiada sebarang kematian direkodkan berhubung kejadian paip gas Putra Heights

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi media menjelaskan bahawa tiada sebarang kematian direkodkan berkaitan insiden berkenaan.
Tak betul, tiada laporan diterima.
Sebelum ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Dhia mendakwa adik rakannya meninggal dunia akibat melecur dalam kejadian tersebut.
Tular tak semestinya benar?

Dakwaan tersebut mendapat perhatian netizen apabila ia dimuat naik di ruangan komen dengan kapsyen menyentuh hati:
Adik kawan saya meninggal semalam akibat lecur daripada insiden Putra Height. Semoga adik terus kuat ye, moga Allah mudahkan dan lancarkan urusan kita semua.
Namun begitu, polis mengesahkan maklumat itu tidak benar dan menggesa orang ramai lebih bertanggungjawab ketika berkongsi maklumat di platform awam.
#ApaKataOhmedia
Tak semua yang tular di media sosial itu benar, ya! Sebelum sebarkan apa-apa info, pastikan kesahihannya dengan sumber rasmi. Jangan tambah beban keluarga mangsa dengan berita palsu.
