Seorang Lagi Remaja Nahas Honda Jazz Meninggal Dunia

Seorang Lagi Remaja Nahas Honda Jazz Meninggal Dunia

Seorang lagi mangsa kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, meninggal dunia pada malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada tiga orang.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan remaja lelaki berusia 17 tahun itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.23 malam ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Pemandu Honda Jazz tiada lesen…

Mangsa merupakan penunggang motosikal Honda Vario yang dinaiki bersama seorang rakan lelaki berusia 13 tahun. Kini, tiga individu lain masih dalam keadaan parah dan sedang menerima rawatan di HTJ.

Setakat ini, tiga mangsa masih dalam rawatan iaitu rakan kepada Allahyarham Aisar Azim serta pemandu dan penumpang Honda Jazz yang masing-masing berusia 18 dan 17 tahun.- Katanya.

Sebelum ini, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun disahkan maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah Honda Jazz.

Menurut polis, Honda Jazz itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 18 tahun yang tidak mempunyai lesen memandu.

Difahamkan, dia gagal menghentikan kenderaannya ketika lampu isyarat merah sebelum merempuh dua motosikal yang berada di laluan tersebut.

Jenazah mangsa terbaru dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, Sikamat, malam ini.


Scroll to Top