Seorang Anggota Polis Disiasat Lepas Didakwa Tunjuk Isyarat Lucah | Oh! Media

Seorang Anggota Polis Disiasat Lepas Didakwa Tunjuk Isyarat Lucah | Oh! Media

Polis Kuala Lumpur kini sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita semasa berlangsungnya satu protes hak asasi manusia di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan bahawa anggota tersebut telah dikenal pasti dan kini bertugas di kawasan sekitar ibu kota.

Siasatan dimulakan walaupun tiada laporan rasmi diterima berhubung kejadian itu.- Katanya, memetik laporan Harian Metro.

Insiden ini menjadi perhatian selepas seorang wanita memuat naik hantaran di media sosial mendakwa seorang anggota polis berkelakuan tidak senonoh ketika dia sedang mengambil gambar semasa protes tersebut.

Gangguan seksual menjijikkan oleh pegawai polis semasa protes G3G4R_official di @usembassykl hari ini. Aksi sebegini tidak boleh diterima.- Tulisnya dalam hantaran di laman X.

Menurut wanita itu, anggota polis berkenaan bukan sahaja melakukan isyarat lucah, malah mengulanginya beberapa kali untuk memastikan ia dilihat olehnya.

BACA: Jurugambar Wanita Dedah Anggota Polis Lakukan Isyarat Lucah Ketika Bertugas

#OhmediaNasihat

Sebagai penjawat awam, anggota polis bertanggungjawab menjaga keselamatan dan etika di tempat awam. Isu seperti ini bukan sahaja mencemarkan nama institusi, malah mengundang ketidakpercayaan masyarakat.

Jika anda menyaksikan salah laku seperti ini, laporkan segera kepada pihak berwajib. Tindakan pantas boleh membantu menjaga integriti dan keadilan dalam masyarakat.


Scroll to Top