Sengit ‘Bertarung’ Dengan Nadeera, Aina Abdul Raih 30,000 Undian Vokal Terbaik AJL39 Versi Media Sosial

Sengit ‘Bertarung’ Dengan Nadeera, Aina Abdul Raih 30,000 Undian Vokal Terbaik AJL39 Versi Media Sosial

Penyanyi vokal lantang, Aina Abdul mengungguli pertarungan vokal terbaik versi media sosial yang meraih sebanyak 30,000 hasil undian secara individu di Instagram Story (IGs) rasmi di TV3 Malaysia.

Kejayaan ini mengukuhkan statusnya sebagai antara penyanyi paling berpengaruh dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39, selain kehebatan vokal dan aura bintang yang dimilikinya jelas mendapat kepercayaan serta sokongan padu daripada peminat.

Bukan itu sahaja, Nadeera, yang membuat penampilan sulung di pentas AJL39 turut mencuri perhatian dengan vokal mantap dan gaya persembahan bertenaga. Pelantun lagu Bukan Milik Kita itu dijangka menjadi pesaing utama yang bakal memberi cabaran sengit pada malam acara berprestij itu.

Peminat muzik tanah air tidak ketinggalan menunjukkan sokongan padu melalui undian versi media sosial dengan jumlah undian mencecah 40,000 sepanjang pusing 1 hingga 3, manakala pusingan akhir sahaja telah mengumpulkan 32,000 undian yang berlangsung dari 22 hingga 30 Januari.

Namun, perlu diingat bahawa undian ini bertujuan untuk memberi keterujaan peminat serta tidak mempengaruhi keputusan rasmi AJL39, serta bertujuan untuk menghangatkan menjelang malam kemuncak pada 16 Februari 2025.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan AJL39 secara langsung pada 16 Februari 2024, Ahad jam 9:00 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil melalui siaran langsung TV3 dan Tonton.

Penuhi media sosial dengan sokongan dan ramalan anda menggunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa! Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara?

Artikel Berkaitan: Pilih Akim & The Majistret Menang Vokal Terbaik Di AJL39, Netizen Tak Percaya Kredibiliti Hael Hussaini, Amir Masdi?

Scroll to Top