Sendiri pakai telefon retak, permintaan bapa sebelum belikan anak iPhone bikin sebak

Seorang bapa telah datang ke kedai telefon untuk membelikan anaknya iPhone walaupun diri sendiri pakai telefon retak membuatkan ramai sebak.

Mahu belikan anak iPhone

Menerusi perkongsian yang dibuat pemilik kedai dikenali sebagai Chegu Aiman Gadget, lelaki pertengahan usia itu telah datang untuk membelikan anak perempuannya iPhone memandangkan rakan-rakannya menggunakan model berkenaan.

@cheguaimangadget

Besar pengorbanan seorang ayah, lepas kerja terus pergi kedai untuk teman anak untuk beli iPhone. Semoga adik gunakan phone ni untuk mendapatkan ilmu yang terbaik ya❤️ #dad #ayah #iPhone

♬ original sound – Chegu Aiman Gadget – Chegu Aiman Gadget

Permintaan bapa sebelum bayar

Difahamkan, lelaki tersebut baru sahaja pulang dari kerja dan terus membawa anaknya ke kedai bagi membeli telefon tersebut dengan tujuan untuk kegunaan belajar.

Namun, sebelum membayar harga iPhone model XR itu dengan nilai RM950, dia meminta supaya anaknya berjanji terlebih dahulu bahawa telefon tersebut akan digunakan sebaiknya dan bukan untuk bercinta.

“Tapi sebelum bayar, mesti berjanji dahulu.Ini bukan untuk bercinta, Masih sekolah kan. 
Yer la, senang je janji tu”
“Bapa takut anak kecil hati, terasa hati. Bapa dengar kata anak, anak dengar juga kata-kata bapak. 
Bapak bukan nak suruh anak jadi jahat, tetapi menjadi anak yang lebih baik,” tutur lelaki itu.

Permintaan bapa supaya iPhone tak guna untuk bercinta

Dia yang hanya membawa duit tunai sebanyak RM600 meminta supaya baki selebihnya dibayar secara atas talian kepada pemilik kedai.

Ujar lelaki itu lagi, diskaun RM50 yang diberikan oleh pemilik kedai mahu digunakan untuk membelanja makan ahli keluarga yang lain selepas membeli telefon tersebut.

Artikel lain: Bukan duit, bapa hadiahkan tiga buah telefon raya buat anak-anak

Belikan android lagi berbaloi

Perkongsian video berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meninggalkan komen yang pelbagai.

Ada di antara mereka merasakan bahawa telefon bimbit jenis android lebih berbaloi kerana mempunyai ruangan penyimpanan yang lebih besar.

Apa-apa pun, pengorbanan seorang bapa yang ditunjukkan begitu menyentuh hati kerana dapat dilihat kegembiraannya mampu menyenangkan hati anak dengan usaha kerasnya sendiri.

Kegembiraan bapa bahagiakan anak

Semoga anak turutkan permintaan bapa

The real ayah!

Besar jasa pengorbanan bapa

permintaan bapa

 

Sumber: TikTok cheguaimangadget