WASHINGTON – Seorang Senator Amerika Syarikat (AS), Mike Lee berkata beliau tidak akan mengikut arahan daripada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, apabila pemimpin itu melawat Washington dalam usaha menagih sokongan bagi mendapatkan bantuan untuk negara tersebut.
“Oleh itu, tiada sesiapa mempunyai alasan yang sah untuk tidak bersetuju dengan Zelensky? Saya boleh beri banyak alasan.
“Ia bukan kerja Zelensky bimbang dengan kepentingan AS. Tetapi ia (kerja) kami – dan kami tidak akan mengikut arahan daripada dia,” katanya ketika Presiden Ukraine itu bakal melakukan lawatan ke AS, seperti dilaporkan Sputnik.
Kenyataan Lee itu merupakan respon daripada ucapan Zelensky semalam yang mana beliau mendakwa Presiden Rusia, Vladimir Putin ‘mengilhankam’ Kongres untuk melambat-lambatkan penyaluran bantuan kepada Ukraine.
Ahli Kongres AS, Marjorie Taylor berkata, lawatan Zelensky adalah untuk menonjolkan kekurangan kesanggupan untuk menyokong perjanjian damai antara Rusia dan Ukraine.
“Dengan Zelemsky berada di AS dan Ukraine kehabisan wang, mengapa tidak seorang di Washington bercakap mengenai perjanjian damai dengan Rusia?… Jawapan: Washington mahukan peperangan, bukan keamanan,” kata Greene menerusi platform X.
Zelensky melakukan lawatan ketika pengubal dasar AS sedang mempertimbangkan permohonan pembiayaan tambahan berjumlah berbilion dolar daripada pentadbiran Joe Biden yang mana ia meliputi bantuan untuk Ukraine dan Israel.
Bagaimananpun, anggota Republican mahu melibatkan langkah keselamatan sempadan dalam rang undang-undang, yang mana ia akan melambatkan penyaluran bantuan.
Pentadbitan Biden telah memberi amaran bahawa tentera AS mungkin mengalami kekurangan sumber untuk menyokong Ukraine jika Kongres tidak meluluskan bantuan seterusnya. – Agensi