Pastinya ramai yang ‘panic wedding’ susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) 3.0 yang diumumkan minggu lalu.
Jadi, para calon mempelai turut sama merasai debaran tersebut dan terpaksa mengambil keputusan drastik untuk bernikah lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.
Hal ini turut dialami sendiri oleh anak kepada bekas pengacara Nona, Puan Sri Normala Samsudin apabila melangsungkan pernikahan sehari sebelum ‘total lockdown’ dikuatkuasa.
Menerusi Instagram beliau, Puan Sri Normala telah meluahkan rasa syukur kerana urusan anaknya dipermudah.
Menurut. beliau, jurunikah yang menikahkan anak dan menantunya memaklumkan mereka adalah pasangan yang bertuah kerana peroleh slot untuk bernikah pada hari tersebut.
Hal ini kerana mereka berdua baru sahaja menghantar borang temujanji untuk bernikah pada waktu pagi dan dimaklumkan mempunyai slot kosong memandangkan ada pasangan pengantin yang menunda majlis pernikahan mereka pada tarikh berkenaan.
Sehubungan itu, rata-rata pengikutnya telah mengucapkan tahniah kepada Puan Sri Normala kerana mendapat menantu walaupun dalam keadaan tergesa-gesa sebelum seluruh negara dikenakan PKP.
Semoga rumah tangga anak dan menantu bekas personaliti televisyen ini kekal sehingga ke akhir usia.
Sumber: Puan Sri Normala Samsudin