“Semua layak bahagia..” – Lelaki dipuji tak pandang fizikal, terima gadis seikhlas hati

“Semua layak bahagia..” – Lelaki dipuji tak pandang fizikal, terima gadis seikhlas hati

Kalau dah cinta, soal rupa atau fizikal ditolak tepi kerana semua itu bukan jaminan untuk bahagia. Sebaliknya, setiap pasangan hanya perlu setia dan memahami tanggungjawab dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

Bagi seorang gadis Robiatul Adawiah Jamilrullah, dia pasti bersyukur apabila dikurniakan bakal suami yang menerima kekurangan dan kelebihan diri tanpa memandang saiz fizikalnya.

Menerusi satu posting di aplikasi TikTok, Robiatul Adawiah atau mesra dipanggil Rubiy berkongsi video memaparkan majlis pertunangannya dengan bakal suami dikenali sebagai Shahrul dipercayai di Kuala Lipis, dua minggu lalu.

@rubiy___

Alhamdulillah, one step closer 😍 semoga ini jodoh sampai ke syurga 🌹❤️

♬ Untuk Mencintaimu – SEVENTEEN

“Alhamdulillah, one step closer. Semoga jodoh ini sampai ke syurga,” tulis gadis berusia 23 tahun itu di ruangan kapsyen.

Sedondon mengenakan busana berwarna putih, Rubiy dilihat teruja mengabdikan gambar kenangan bersama insan tersayang di atas pelamin sebelum melangkah ke fasa seterusnya menuju hari bahagia.

Malah, dia juga berkongsi beberapa posting majlis tersebut di laman Instagram untuk tatapan rakan terdekat dan pengikutnya sekali gus menerima ucapan tahniah.

Meninjau ke ruangan komen, video yang meraih hampir 890,000 tontonan itu menerima ribuan komen netizen yang tumpang gembira melihat pasangan berkenaan selamat mengikat tali pertunangan.

Rata-rata memuji keikhlasan Shahrul dalam memilih gadis tersebut sebagai jodohnya selain mendoakan agar hubungan pasangan itu kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber: TikTok @rubiy___ , Instagram @rubiy___