Man Raja Lawak sekali lagi mencuri perhatian peminat di TikTok apabila berkongsi pengalaman pahit manis memiliki kereta impian, sebuah Ford Mustang.
BACA: “Mana Peminat Kami? Adakah Kami Sudah Tak Sesuai?” – Man Raja Lawak
Namun begitu, kegembiraan tersebut tidak lama apabila kereta mengalami masalah enjin dan perlu dibaiki.
Rezeki awal tahun tapi ada dugaan
Dalam video yang dimuat naik, Man berkongsi rasa syukur dengan rezeki awal tahun 2025 apabila berjaya membeli sebuah Ford Mustang, yang digelar sebagai ‘Musang’.
Semua yang berlaku ada hikmahnya. Rezki pembuka taun 2025 dah rasa happy sangat-sangat dapat beli MUSANG tapi yang sedih abang sempat bawak satu kali je pergi Melaka dengan family lepas tu enjin problem disebabkan orang lain.
Pelawak ini mendedahkan bahawa dia hanya sempat membawa kereta itu sekali sahaja ke Melaka bersama keluarganya sebelum enjin mengalami masalah akibat kecuaian pihak lain.
Terpaksa menunggu dua bulan
Tambah Man, kerosakan enjin tersebut membuatkan dia perlu bersabar menunggu dua bulan untuk memperbaiki masalah itu.
Walaupun kecewa, dia tetap menzahirkan rasa reda dengan apa yang berlaku dan berharap agar diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
#OhmediaNasihat
Kisah Man RL ini mengingatkan kita bahawa setiap rezeki yang datang pasti akan diuji. Apa yang penting, kita harus terus bersabar dan reda menghadapi dugaan. Di sebalik ujian, pasti ada rezeki lain buat pelawak ini kan?