Langkah bekas Exco Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin menyertai PAS terus mencuri tumpuan apabila kepimpinannya disambut penuh penghargaan oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Senator Nuridah Mohd Salleh.
Ketua Muslimat PAS rai kehadiran bekas Exco Wanita UMNO
Penyertaan rasmi Dr Wan Norashikin diumumkan dalam ceramah mega Perikatan Nasional (PN) di Ayer Kuning, Perak, baru-baru ini. Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, di hadapan ribuan penyokong yang tetap setia walaupun hujan lebat turun semasa majlis berlangsung.
Ketua Muslimat PAS anggap tindakan berani
Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah menyifatkan penghijrahan Dr Wan Norashikin sebagai satu langkah berani dan penuh makna bagi perjuangan Islam serta perpaduan ummah.
“Kepada Datuk Dr Wan Norashikin, kami mengalu-alukan kehadiranmu sebagai sebahagian daripada saf perjuangan Muslimat PAS.
Bersama kita menyantuni rakyat, membina bangsa dan mengangkat martabat Islam.
Semoga hijrah ini diterima Allah sebagai amal soleh, dan menjadi asbab bertambahnya kekuatan kita dalam menegakkan kebenaran,” katanya.
Ketua Muslimat PAS doa dikurniakan kejayaan oleh Allah
Tambah Nuridah, penyertaan figura seperti Dr Wan Norashikin membuktikan semakin ramai wanita Melayu Islam memilih haluan perjuangan Islam yang dibawa PAS. Beliau juga melihat sambutan rakyat dalam majlis tersebut sebagai bukti keinginan yang makin meluas untuk kembali kepada nilai Islam dalam politik tanah air.
Nuridah turut menyetuh harapan besar terhadap penyertaan Norashikin dan berharap agar mereka semua diberi kuniaan daripada Allah S.W.T baik di dunia dan akhirat
Jelasnya, penyertaan ini dilihat bukan sekadar peralihan parti, tetapi simbol hijrah yang sarat dengan nilai perjuangan dan iltizam memperkukuh saf wanita dalam PAS.
“Semoga kita semua dikurnia Allah, menjadi golongan hamba-Nya yang berjaya dunia dan akhirat.” ujarnya.
Artikel lain: Ikut suami sertai PAS? Zahid Hamidi sindir Norashikin – “Langkah terbaik menuju syurga”
Untuk makluman, Dr Wan Norashikin pernah menjadi ADUN Kampung Gajah dan Exco Perak di bawah kerajaan BN. Beliau juga pernah bertanding di DUN sama dalam PRU lalu tetapi tewas kepada calon PAS, Zafarulazhan Zan.
Selain itu, pada tahun 2024, beliau berkahwin dengan Muhammad Noor Farid Zainal, calon PAS bagi DUN Ayer Kuning.
Sumber: Malaysiakini