Pelakon Farid Kamil berkata dia enggan melafazkan cerai kerana percaya rumah tangga mereka masih mampu diselamatkan dan dia masih sayangkan isteri dan anak-anak mereka.
Memetik Kosmo, Farid berkata kasih sayang terhadap Diana Daneille tidak pudar meskipun isterinya nekad untuk bercerai.
Sementara itu, Farid berkata rasa kasih Diana hanya dia yang rasa rasainya dan dia akan perjuangkan rumah tangga mereka.
“Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat Tuhan dalam perkahwinan. Pada pandangan saya, perkahwinan kami dirahmati dan akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan. Perasaan sayang dan kasih kepada Diana hanya saya yang rasa,” katanya.
Dalam pada itu, Farid berkata hanya dirinya yang mampu membahagiakan Diana dan anak-anaknya mereka serta berharap ada sinar buat mereka sekeluarga.
“Saya harap semua dapat mendoakan, dalam keadaan sekarang ini. Doa dan harapan adalah yang terbaik. Semoga ada sinar di hujung terowong,” katanya.
SUMBER: Sinar Harian, Kosmo