Seluruh England: Nur Izzuddin-Sze Fei mudah ke pusingan kedua

Seluruh England: Nur Izzuddin-Sze Fei mudah ke pusingan kedua
Seluruh England: Nur Izzuddin-Sze Fei mudah ke pusingan kedua

Nur Izzuddin (kanan) dan Sze Fei menumpaskan pasangan Korea Selatan dalam saingan pusingan pertama Seluruh England pada Rabu. Foto Agensi

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan apabila mudah mara ke pusingan kedua saingan Seluruh England 2025 di Birmingham sebentar tadi.

Pasangan nombor dua dunia itu dilihat tidak mempunyai masalah untuk menundukkan Kim Gi-jung dan Kim Sa-rang dalam pertarungan secara straight set tersebut.

Menjengah set pertama permainan, gandingan dari Korea Selatan itu cuba memberi tekanan kepada Sze Fei-Nur Izzuddin, namun pasangan negara tenang mengawal gelanggang untuk menang 21-17.

Pengalaman ternyata memihak juara Terbuka India itu apabila menutup saingan menerusi kemenangan 21-14 dalam tempoh 37 minit permainan di Utilita Arena.

Menanti pasangan negara dalam aksi pusingan kedua pada Khamis ialah pemenang antara Kim Won-ho dan Seo Seung-jae dari Korea Selatan atau gandingan Thailand, Puavaranukroh Dechapol-Kedren Kittinupong.

Artikel Disyorkan

Scroll to Top