Perkongsian pelawak Along Cham menjadi perhatian apabila seolah memberi bayangan sudah kembali solo selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Along memberitahu urusan di mahkamah syariah dipercayai berkaitan isu rumah tangganya sudah pun selesai.
BACA: “Hati Saya Remuk Dia Tuduh Anak Dalam Kandungan Bukan Benihnya”
Bagaimanapun, pelawak itu tidak berkongsi lanjut sama ada selesai urusan memfailakn lafaz taktil atau sudah bercerai dengan isterinya, Afreena Suhaimi.
Terdahulu, Along mendakwa isterinya telah melanggar beberapa perjanjian dalam perkahwinan mereka.
Pada 15 Disember tahun lalu, Along ditahan di rumahnya selepas dipercayai memiliki dua paket dadah jenis ganja, namun dilepaskan dan dibebaskan daripada satu pertuduhan.