Skuad Harimau Malaya tidak akan menampilkan sebarang muka baharu dalam kalangan pemain warisan bagi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim bulan ini.
Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas mengumumkan senarai 27 pemain yang dipilih untuk menggalas tanggungjawab dalam perlawanan penting itu.
Sebelum ini, lapan pemain warisan dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya, dan salah seorang daripada mereka kini berada di fasa akhir untuk melengkapkan dokumen.
Faisal Halim dipanggil semula
Artikel lain: “Fahmi Fadzil nafi tuduhan kompaun berat sebelah -“Ini fitnah berniat jahat!”
Dalam perkembangan lain, pengurusan Harimau Malaya telah memanggil semula pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim, untuk kembali memperkuatkan skuad kebangsaan.
Faisal sebelum ini merupakan tonggak utama pasukan, namun terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan akibat insiden simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Faisal Halim dipanggil semula
Bagaimanapun, pemain lincah itu kini dalam usaha untuk mendapatkan semula prestasi terbaiknya. Hatrik yang dijaringkannya ketika menentang Kelantan Darul Naim FC dalam aksi Liga Super pada Ahad lalu menunjukkan dia semakin kembali ke prestasi asalnya.
Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)