Seorang wanita membuat pendedahan mengejutkan mendakwa seorang selebriti berpenampilan muslimah menganggu rumah tanya serta menggoda suaminya.
Memetik Harian Metro, wanita yang enggan dikenali itu memberi amaran kepada selebriti berstatus ibu tunggal itu supaya berhenti menggangu rumah tangganya sejak dua tahun lalu serta tidak teragak-agak untuk dedahkan identitinya.
“Tak sangka di sebalik kelembutannya, dalam diam dia menggoda suami saya”
Wanita itu turut geram dengan sikap selebriti itu yang tampil dengan imej muslimah namun hakikatnya pernah menganggu rumah tangga beberapa individu lain sebelum ini.
Dakwa wanita tersebut, dia mengenali selebriti itu selepas berurusan dalam peniagaan dan hubungan mereka mula rapat serta selalu datang ke rumah membawa anaknya.
“Kami berkenalan selepas dia menjadi pelanggan kami. Keakraban itu menyebabkan saya mula menganggapnya sebagai keluarga sendiri.
“Dia selalu datang bertandang ke rumah membawa anaknya tetapi pada mulanya saya tidak mengesyaki sebarang perkara yang mencurigakan disebabkan imej muslimah dan sikap lemah lembutnya.
“Saya mengesyaki sesuatu yang pelik kerana interaksi dan bahasa tubuh selebriti itu dengan suami saya kelihatan berbeza,” katanya.
Selebriti itu mahu dia menerimanya sebagai madu
Menurutnya, lebih mengejutkan dia mengetahui mereka mempunyai ‘skandal’ apabila terbaca mesej yang dihantar selebriti berkenaan kepada suaminya dengan panggilan manja.
“Saya sangat terkejut apabila terbaca yang dia panggil suami saya dengan panggilan manja. Bayangkan orang yang dah saya anggap seperti keluarga sendiri sanggup tikam saya dari belakang.
“Saya pernah minta penjelasan dari selebriti itu namun dia pusing cerita. Dia menggunakan alasan agama dan mahu saya menerima dia sebagai madu. Apa yang sangat saya kesalkan, saya dah anggap dia seperti adik tapi tak sangka ini balasan dia pada saya,” katanya.
Meskipun sudah memberi amaran, namun selebriti itu seolah tidak tahu malu dan terus menunjukkan usaha mahu menjadi isteri kedua.
SUMBER: Harian Metro