Selebriti Lelaki Ditahan Rupanya Sudah 8 Tahun Bergelumang Dengan Ganja! | Oh! Media

Selebriti Lelaki Ditahan Rupanya Sudah 8 Tahun Bergelumang Dengan Ganja! | Oh! Media

Seorang selebriti lelaki yang pernah menyertai rancangan realiti televisyen ditahan pihak polis setelah ditemui memiliki dua peket lutsinar dipercayai ganja di sebuah rumah teres di Cyberjaya.

Lapor Harian Metro, penahanan ini mencetuskan kejutan apabila siasatan mendedahkan selebriti berusia 41 tahun itu telah terlibat dalam penyalahgunaan dadah selama lapan tahun.

Kertas siasatan sedang dilengkapkan

ganja

Menurut Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum tindakan lanjut diambil oleh Timbalan Pendakwa Raya.

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Selebriti ditahan sudah 8 tahun menagih ganja

Terdahulu, media melaporkan serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di rumah suspek pada jam 3.10 petang menemui 60.3 gram daun kering dipercayai ganja.

Hasil ujian air kencing ke atas selebriti tersebut juga didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

#OhmediaNasihat

Kes ini diharapkan dapat memberi pengajaran supaya jangan sesekali terjerumus dengan dadah. Penggunaan dadah bukan sahaja merosakkan diri sendiri tetapi keluarga juga. Jika anda atau orang sekeliling menghadapi masalah dadah, jangan malu untuk mendapatkan bantuan profesional.


Scroll to Top