Sel Kanser Dah Merebak Ke Paru-Paru Dan Saraf Utama, Kiah Propa ‘Down’ Lihat Keadaan Suami | Oh! Media

Sel Kanser Dah Merebak Ke Paru-Paru Dan Saraf Utama, Kiah Propa ‘Down’ Lihat Keadaan Suami | Oh! Media

Personaliti TV dan usahawan terkenal, Kiah Propa, tidak dapat menahan sebak apabila sel kanser suaminya telah merebak ke hampir seluruh tubuh badan.

Dalam perkongsian yang menyayat hati di Instagram, Kiah meluahkan perasaannya tentang perjuangan mereka menghadapi dugaan berat ini.

Kanser menyerang saraf utama

kiah propa

Menurut pelakon yang kini berniaga kecil-kecilan, sel kanser kini telah menyerang bahagian dada, paru-paru, dan bawah ketiak suaminya.

Apa yang lebih menyedihkan, rawatan pembedahan tidak dapat dilakukan kerana sel kanser sudah merebak ke semua saraf utama di leher hingga bawah ketiak.

Untuk kimo pula sel kanser ini tidak sensitif juga pendek kata kimo tu sekadar untuk menidurkan sel sahaja.

Tambahnya lagi, rawatan kemoterapi juga tidak banyak membantu kerana sel kanser tersebut tidak sensitif terhadap rawatan itu. Kemo hanya mampu “menidurkan” sel kanser buat sementara waktu.

“Macam ayam kena sembelih aku tengok kesian dia” – Kiah Propa

kiah propa

Kiah mengakui tiada apa lagi yang mampu dilakukan selain memanjatkan doa agar suaminya diberi kesembuhan. Dia juga berharap diberikan kekuatan untuk terus tabah demi keluarga dan perniagaannya.

Minggu lalu, Kiah dan suaminya, Muhammad Nazri Ismail, telah melangsungkan perkahwinan mereka semula selepas 8 tahun berpisah.

Kiah bersetuju untuk kembali bersama demi menjaga suaminya yang disahkan sakit kanser tanpa ada batasan aurat.


Scroll to Top