Platform X kembali riuh, apabila sekumpulan wanita tidak mahu memilih lelaki dari pantai timur, khususnya Kelantan untuk dijadikan pasangan telah mengundang pelbagai reaksi hangat daripada netizen.
Dalam sebuah video temu bual, seorang wanita bertanya kepada beberapa individu berkenaan lelaki dari negeri mana yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
Majoriti tak nak lelaki Kelantan
Ketika ditanya mengenai alasan, mereka menjelaskan bahawa tiada sebab khusus lelaki Kelantan tidak menjadi pilihan, melainkan kerana faktor dialek dan jarak lokasi yang dianggap jauh.
Sebahagian pula berkongsi pengalaman peribadi, manakala yang lain sekadar terpengaruh dengan cakap-cakap yang didengar mengenai lelaki dari negeri tersebut.
Netizen kongsi pengalaman
Pelbagai reaksi turut dilontarkan oleh netizen di ruangan komen, ada yang memberikan pandangan positif, namun ada juga yang bersifat negatif.
#OhmediaNasihat
Setiap negeri di Malaysia mempunyai keunikan, budaya dan tradisi yang tersendiri, termasuk Kelantan. Namun, kita perlu ingat bahawa sifat atau tingkah laku seseorang tidak ditentukan semata-mata oleh tempat asal mereka. Adalah tidak adil untuk menghukum keseluruhan kumpulan hanya kerana pengalaman negatif dengan segelintir individu.