Sekolah boleh anjur majlis umum keputusan SPM babitkan semua pelajar

Sekolah boleh anjur majlis umum keputusan SPM babitkan semua pelajar

zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, majlis pengumuman dan penyerahan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, yang akan diumumkan hari ini, boleh diadakan di peringkat sekolah.

Bagaimanapun, KPM berkata, jika diadakan, ia perlu membabitkan semua calon yang mengambil peperiksaan SPM dan bukan sebahagian kecil calon yang memperoleh keputusan cemerlang saja.

“KPM meraikan semua calon yang berkerja keras dan menyumbang kepada prestasi keseluruhan sekolah.

“Pihak sekolah juga boleh membuka reruai yang bersesuaianuntuk memberi galakan kepada calon lepasan SPM melanjutkan pengajian dan mendapat maklumat mengenai kerjaya masa hadapan.

“Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2024,” kata KPM melalui Facebook, malam tadi.

Keputusan SPM 2024 akan diumumkan pada hari ini dan sidang media mengenainya akan diadakan di KPM, Putrajaya, pada 8.30 pagi ini oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan.

Seramai 402,956 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu, yang dilaksanakan di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top