“Sekelip Mata Je Dia Kurus, Netizen Yang Kutuk Intan Tu Dah Kurus Ke?” – Netizen

“Sekelip Mata Je Dia Kurus, Netizen Yang Kutuk Intan Tu Dah Kurus Ke?” – Netizen

Sebelum ini pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal dengan komen negatif netizen melibatkan wajah dan bentuk badannya.

Bagaimanapun, Intan berkata dia dalam proses untuk kembali menjadi dirinya selepas melahirkan anak seperti mana dilalui ibu-ibu lain.

BACA: “Aku Jadi Kucing Jela Senang” – Intan Najuwa Reda Ditegur Gara-Gara Minum Ais

Terbaru, perkongsian Intan menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar terbarunya yang dilihat tampil langsing dan jelita.

Menerusi hantaran itu, Intan berkata dia sudah kembali dan dia mahu mengurangkan lagi 4 kilogram berat badan serta meminta netizen meneka berapa beratnya sekarang.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum melihat perubahan Intan selepas bersalin yang cepat menurunkan berat badan.

Tidak kurang juga ada yang menyindir netizen serta makcik bawang yang mengutuk Intan sebelum ini dengan bertanyakan adakah mereka sudah kurus. 


Scroll to Top