Jika anda mengikuti laman Instagram aktor Zul Ariffin pasti ramai mengetahui pelakon bertubuh sasa itu kini sedang mengerjakan ibadah umrah.
Menerusi hantaran dimuat naik oleh pelakon berusia 36 tahun itu, dilihat dia mengenakan ihram berserta senyuman manis di hadapan Kaabah.
Dalam pada itu, Zul meluahkan kesyukuran kerana diberi peluang menunaikan serta menyempurnakan ibadah umrah menerusi kapsyen yang dipilihnya iaitu emoji berbentuk Kaabah, menadah tangan dan simbol hati.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai meluahkan kesyukuran kerana pelakon tersebut dapat mengerjakan ibadah umrah.
Tidak kurang juga ada yang memuji wajah pelakon drama Rindu Awak 200% itu berseri-seri dan sejuk mata memandang ketika berada di sana.
Sementara itu, ramai yang mendoakan agar dipermudah urusan Zul disana serta memperoleh umrah yang mabrur.
Difahamkan, pemilik nama Zulkifli AriffinĀ berada di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terlebih dahulu selama beberapa hari sebelum berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.