“Sedapnya, ketat…”-Tayang pakai bikini, IG Adeline Tsen penuh komen lucah

“Sedapnya, ketat…”-Tayang pakai bikini, IG Adeline Tsen penuh komen lucah

Perkongsian percutian pelakon cantik, Adeline Tsen baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar terutama video dirinya memakai bikini.

Menerusi video yang dikongsikan, dilihat pelakon dari Kota Belud Sabah itu hanya mengenakan bikini berwarna hitam berlatarbelakangnya pemandangan laut.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 36 tahun itu turut memberitahu dirinya seorang pencinta pulau berdasarkan kapsyen yang ditulis.

Perkongsian video berdurasi lapan belas saat itu dibanjiri dengan komen berbaur lucah daripada lelaki gatal yang rata-ratanya terdiri di kalangan ‘orang Melayu’. Sesungguhnya ia amatlah tindakan yang memalukan.

Selain itu, perkongsian itu turut menerima pujian dalam kalangan warganet di mana ramai kagum dengan bentuk badan pelakon itu yang dilihat semakin langsing dari sebelumnya.

Terdahulu, pemilik nama Adeline Anthony Primus Tsen menjelaskan dia suka tampil seksi kerana tidak mahu kelihatan tua.

Sumber: Instagram @adelinetsen

Scroll to Top