Secret Recipe lancar menu nasi kerabu bersama Mira Filzah

Secret Recipe lancar menu nasi kerabu bersama Mira Filzah

SHAH ALAM – Rangkaian kafe gaya hidup tempatan yang terbesar di Malaysia, Secret Recipe bakal melancarkan Nasi Kerabu menerusi menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah sepanjang Ramadan.

Ketua Pemasarannya, Evelyn Lee berkata, sebagai pembuka selera, pelanggan boleh memilih Ayam Kunyit atau pilihan kerabu termasuk Kerabu Udang, Kerabu Sotong dan Kerabu Ayam yang dihidangkan bersama campuran sayur, sos berperisa masam pedas serta kacang tanah cincang.

Menurutnya, bagi hidangan utama, menu sajian baharu itu terdiri daripada Nasi Kerabu Ayam Berempah dengan aroma menyelerakan dan Nasi Kerabu Ikan Saba Kunyit.

Tambah beliau, kedua-dua sajian itu dihidang dengan nasi biru bunga telang Secret Recipe yang terkenal.

Pelanggan boleh menikmati hidangan nasi kerabu bersama aneka lauk.

Pelanggan boleh menikmati hidangan nasi kerabu bersama aneka lauk.

“Kami berbesar hati memperkenalkan menu Nasi Kerabu tawaran masa terhad yang diberi sentuhan tersendiri Secret Recipe.

“Pada bulan Ramadan ini, kami meraikan tradisi, kemuafakatan dan sajian lazat dengan menyediakan semua hidangan kegemaran Mira Filzah, kami berharap tetamu kami akan menikmati menu sajian lazat ini.

“Satu sajian yang kembali atas permintaan ramai adalah Nasi Kerabu Ayam Percik yang disediakan sebagai hidangan utama,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, menurut duta jenama tersebut, Mira Filzah, mengakui hidangan itu cukup lazat dan merupakan sajian kegemarannya pada bulan Ramadan.

Tambahnya, bulan Ramadan bukan sahaja tentang sajian lazat, tetapi juga meluangkan masa bersama keluarga sepanjang menjalani ibadah rukun Islam ketiga itu.

“Nasi Kerabu adalah makanan pilihan saya pada bulan Ramadan, kerana ia mengingatkan saya tentang detik-detik berbuka puasa bersama keluarga sambil menikmati juadah kegemaran kami.

“Bulan Ramadan bukan sahaja tentang sajian lazat, tetapi juga tentang meluangkan masa dengan ahli keluarga dan saya berharap semua orang akan menikmati hidangan lazat dan menghargai masa bersama keluarga tersayang menerusi menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah di Secret Recipe,” katanya.

Pelanggan boleh memilih set untuk dua orang dengan harga RM56.80 atau set untuk tiga orang, berharga RM80.80.

Pelanggan boleh memilih set untuk dua orang dengan harga RM56.80 atau set untuk tiga orang, berharga RM80.80.

Menu Jom Makan Nasi Kerabu Kegemaran Mira Filzah akan dihidangkan dalam bentuk set pilihan untuk seisi keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Pelanggan boleh memilih antara dua set pilihan iaitu set untuk dua orang yang dihidang dengan satu pembuka selera dan dua hidangan utama pada harga RM56.80 atau set untuk tiga orang, yang menawarkan dua pembuka selera serta tiga hidangan utama berharga RM80.80.

Menu tersebut boleh dinikmati bermula 1 Mac di semua cawangan Secret Recipe di seluruh Semenanjung kecuali AEON Mall Taiping.

Scroll to Top