Pelakon, Idzham Ismail seolah-olah belum bersedia untuk menjawab persoalan orang ramai yang bertanya mengenai konflik perceraiannya bersama bekas isteri, Siti Nur Abilah Shamsudin.
Menerusi platform Threads, Idzham berkata semenjak bercerai dia sudah sebulan tidak menjejakkan kaki ke gym dan menaiki kuda kerana enggan bertemu dengan orang.
“Kena juga hadap persoalan orang, sebab tu la lepas kejadian sebulan lebih dah aku tak pergi ke gym atau horseriding sangat.
“‘Eh makin kurus’, ‘eh dah cerai ke’, ‘eh apa jadi’. Aku nampak okay tapi aku tak okay pun nak hadap soalan-soalan orang. Tak jawab nampak kurang ajar kan. Tapi terpaksa juga hadap, nak teruskan kehidupan,” katanya.
Pada 4 November lalu, Idzham sah bercerai dengan isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin yang dikatakan berpunca daripada gagal mengawal kemarahannya sehingga berlaku konflik berpanjangan antara mereka.
Sekadar info, Idzham dan Abilah berkahwin pada Ogos 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Berubah Selepas Kerja Sebagai Pramugari, Gagal Kawal Kemarahan Antara Punca Idzham Ismail Lafaz Cerai