'Sebelum dapat manis muka, dah dapat menghentam' – Ahmad Zahid

'Sebelum dapat manis muka, dah dapat menghentam' – Ahmad Zahid

am@hmetro.com.my

Gua Musang: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan kerajaan negeri supaya jangan hanya bermanis muka ketika meminta peruntukan dengan Kerajaan Pusat dan menghentam atau menghina selepas mendapat sesuatu yang dihajati.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, situasi itu bukan hanya berlaku di Kelantan sebaliknya turut terjadi di Kedah, Terengganu dan Perlis.

Menurutnya, mereka sepatutnya menunjukkan akhlak, sahsiah politik yang baik bukan sahaja dari perkataan sebaliknya dari perbuatan.

“Jangan bila minta dengan muka senyum tapi bila dah dapat hentam Perdana Menteri semula… Jangan begitu, sebaliknya perlu berterima kasih.

“Saya tidak sebut nama individu atau tokoh politik di Kelantan, kerana ia turut berlaku di Kedah, Terengganu dan Perlis.

“Memang benar ada peruntukan perkapita yang diberikan, ada peruntukan harus disalurkan tetapi apa yang diberikan oleh Perdana Menteri itu adalah semangat di dalam Kerajaan Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Raya Aidilfitri Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno turut mengigatkan mereka supaya mengubah sikap yang suka mengkeji kerajaan.

“Kita harus tahu bahawa akhlak politik kena baik, sahsiah mesti haik bukan saja dari perkataan tetapi tingkah laku.. Tidak salah berbeza pendapat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top