Pelakon terkenal, Nabila Huda mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video berpelukan dengan bapanya yang merupakan penyanyi rock legenda, Amy Search, di Threads baru-baru ini.
Ramai netizen meluahkan rasa sebak dan terharu, terutama apabila membaca kapsyen hantaran tersebut yang dikatakan menggambarkan hubungan mereka yang dilanda konflik sejak sekian lama.
“Kerinduan saya akhirnya terlerai” – Nabila Huda
Menjawab tentang video tersebut, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil, mengakui momen itu sangat berharga buat dirinya.
Pertemuan itu membuatkan kerinduan saya terlerai terhadap bapa sebab memang sudah lama tidak berjumpa. Ia sangat seronok dan saya dapat salam dan minta maaf raya kepadanya.
Namun, Abil mengakui bahawa segala konflik yang berlaku bukan mudah untuk diselesaikan.
Kalau nak cakap mengenai selesaikan masalah itu, saya pun tidak tahu. Saya hanya terima sahaja apa yang berlaku ini.
Saya pun sudah penat dan terima apa sahaja yang berlaku. Ini cerita yang tidak ada penghujung.
Pertemuan berlaku ketika tayangan perdana filem baru

Abil berkongsi perkara itu semasa sidang media Filem Telaga Suriram, yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion.
Filem seram tersebut bakal menemui penonton bermula 1 Mei ini, dan turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Maya Karin, Ellie Suriaty, Scha Alyahya dan ramai lagi.