Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Sebak! Ibu Kenang 5 Tahun Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair

Ibu kepada pelakon dan pengacara, Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Dida Sinclair mengambil kesempatan mengenang pemergian anak sulungnya itu menersuai hantaran di Instagram.

Kata Dida, meskipun sudah lima tahun pemergian Ashraf, namun dia merasakan kehilangan itu baru sahaja berlaku semalam.

“Assalamualaikum, 5 years gone by, tetapi kebanyakan masa saya berasa seperti itu hanya semalam!

“Allahumaghfir lahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah,” tulisnya.

Sementara itu, Dida menerusi hantaran terkini di platform sama turut berkongsi foto penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari bersama ahli keluarganya yang datang menziarahi pusara arwah Ashraf Sinclair.

Dalam pada itu, Bunga menerusi hantarannya juga turut meluahkan rasa rindu terhadap bekas suaminya itu sekaligus menyifatkan kehilangan Ashraf masih berbekas didalam hatinya.

Terdahulu, Ashraf dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi pada 18 Februari 2020.

Allahyarham kemudian dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Scroll to Top