Seakan tak percaya, netizen kagum kejayaan rumah terapung warga emas

Seakan tak percaya, netizen kagum kejayaan rumah terapung warga emas

Kejayaan rumah terapung yang dibina oleh seorang warga emas yang dikenali sebagai A. Bakar Che Ahmad bagi menghadapi musim banjir ternyata telah membuka mata dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kreativiti dan keupayaan warga emas yang berusia 67 tahun itu tidak dapat disangkal lagi memandangkan hanya rumah dia sahaja tidak ditenggelam air banjir dan kukuh ‘berdiri’ disokong dengan 69 biji tong plastik yang akan berfungsi sebagai pelampung.

Malah, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @matirasa di laman TikToknya, ramai yang tidak menyangka dan mencemburui kelebihan yang dimiliki oleh warga emas tersebut yang dapat menyelamatkan rumahnya daripada dimusnahkan oleh banjir.

@pangsadboy

#banjirkemaman #infobanjir #rumahterapung

♬ Originalton – _speed.nasheeds_

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka dan seakan tidak percaya dengan keupayaan kelong tersebut dalam menampung rumah kayu milik warga emas terbabit.

Tidak kurang juga, ramai yang memuji perjuangan dan hasil titik peluh yang dilakukan oleh warga emas terbabit telah membuahkan hasil memandangkan sebelum ini, ada netizen yang memperlekehkan dan merendahkannya.

Malah, menerusi perkongsian yang dilaporkan oleh Bernama menerusi laman Twitternya, warga emas terbabit telah membawa media meninjau keadaan rumah ‘ajaibnya’ itu yang terletak di Kampung Terbak Batu 16, Terengganu.

Dalam video terbabit, jelas kelihatan rumahnya terselamat daripada ‘ditelan’ air bah dan netizen memaklumkan pemikiran serta perancangan yang dilakukan oleh warga emas berkenaan untuk membina rumah terapung itu adalah hebat dan luar biasa.

Sebelum ini, warga emas tersebut telah menjadi mangsa kritikan dan cemuhan segelintir netizen yang memandang rendah dengan keupayaannya membina rumah terapung bagi menghadapi musim tengkujuh.

Pun begitu, warga emas tersebut telah berjaya membuktikan bahawa tomahan yang dilemparkan netizen adalah salah malah sebaliknya, mereka telah memalukan diri sendiri.

Sumber: TikTok @matirasa, Twitter @bernamadotcom

Scroll to Top