Ramai sedia maklum sebelum ini Cik Epal ada berkongsi di kisah sebalik perniagaan Pizza Wagyu Jofliam yang hanya menerima bayaran tunai.
Perkara itu menyebabkan Cik Epal menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat bekas suaminya itu yang didakwanya mungkin tidak membayar cukai pendapatan.
Terbaru Jofliam akhirnya menafikan dirinya tidak membayar cukai dan susah menyelesaikannya dari tahun 2022.
Jofliam maklumkan cukai 2023 masih boleh diselesaikan tahun ini
Saya tidak pernah lari cukai. Saya sudah selesai cukai dari 2022,2021 dan kebawah. 2023 perlu diselesaikan tahun 2024 dan 2024 belum tamat guys.
Pengiraan masih berjalan sebab perniagaan berdasarkan event. Jangan kira duit masuk,kira duit keluar sama guys….
Saya ada company secretary yang menguruskan cukai saya sejak 2020.
Selain itu, Jofliam juga ada berkongsi contoh resit modal yang sudah dilaburkan tidak termasuk gaji perkerja.
Saya nak orang hadir dan enjoy saja dengan bayaran RM 150 sekotak.
#OhmediaNasihat
Alhamdulillah, semoga penjelasan ringkas dari Jofliam ini dapat memperbetulkan sangkaan netizen bahawa perniagaan Pizza Wagyu yang diusahakan olehnya tidak membayar cukai pendapatan.