‘Saya tidak boleh berada dalam bola sepak selamanya’ – TMJ

‘Saya tidak boleh berada dalam bola sepak selamanya’ – TMJ

PEMILIK kelab Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan berkemungkinan meninggalkan industri bola sepak pada suatu masa nanti.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menegaskan beliau tidak boleh berada dalam industri bola sepak untuk selama-lamanya apabila menegaskan setiap perkara akan berlaku pengakhiran.

Biarpun begitu Tunku Ismail sekali lagi menjelaskan sebagai pemilik Harimau Selatan, beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap juara 10 kali berturut-turut Liga Super tersebut

Tunku Ismail berkemungkinan akan mengubah pendekatannya dalam menguruskan kelab paling berjaya dalam saingan Liga Malaysia tersebut selepas ini.

Scroll to Top