“Saya Tak Tahu & Tak Ambil Tahu” – Bella Astillah

“Saya Tak Tahu & Tak Ambil Tahu” – Bella Astillah

Pelakon Bella Astillah berkata dia tidak ambil tahu mengenai sebutan kes khalwat bekas suaminya, Aliff Aziz dan pelakon Ruhainies yang berlangsung hari ini.

Memetik Kosmo, Bella berkata aktor itu sudah tiada kena mengena dengan kehidupannya dan apa saja hal berkaitan Aliff Aziz dia tidak ambil tahu.

BACA: Bella Astillah Sedih Masuk Senarai ‘Untuk Dihalalkan’

“Dia (Aliff) sudah tak ada apa-apa ikatan dan hubungan dengan saya. Jadi apa sahaja yang dia nak lakukan, nak pergi ke mahkamah atau tidak pergi, dipanggil atau tidak saya pun tak tahu dan tak ambil tahu. Kami sekarang ini sedang menjalani kehidupan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Bella berkata dia mahu menjadi seperti rakan baiknya, Puteri Sarah yang bahagia meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Saya nak jadi macam Puteri Sarah. Tak perlu nak menangis-nangis dah,” katanya.

Terdahulu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan  atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

SUMBER: Kosmo

Scroll to Top