Pelakon popular Fazura menyuarakan rasa kesal apabila dirinya dituduh berdendam dengan bekas suaminya, Fattah Amin.
Menerusi Instagram Story, aktres ini memuat naik tangkap layar komen netizen yang mendakwa dirinya masih tidak dapat ‘move on’ dan cuba mencari masalah dengan bekas suami.
Netizen komen panjang lebar, tak puas hati dengan Fazura
Tuduhan ternyata mengundang kemarahan pelakon ini yang menyifatkan komen tersebut sebagai fitnah dan cercaan tidak berasas.
“Kenapa delete comment dik?”
Dalam responsnya, Fazura menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan individu berkenaan di dunia dan akhirat.
Selebriti jelita ini juga mempersoalkan mengapa komen yang ditinggalkan telah dipadam. Fazura meminta individu berkenaan menyimpan setiap cercaan yang telah ditulis untuk bekalan di masa hadapan.
#OhmediaNasihat
Hati-hati dengan kata-kata yang dilontarkan, sama ada di media sosial mahupun di luar. Fitnah bukan sahaja merosakkan nama orang lain, tetapi juga boleh memakan diri sendiri kelak. Sebagai peminat, tidak perlulah menyebelahi sesiapa dan doakan je yang terbaik.