“Saya Masih Hormat Mak Cik Ellie Sebagai Orang Tua” – Imran Bard Balas Kenyataan Ellie Suriaty | Oh! Media

“Saya Masih Hormat Mak Cik Ellie Sebagai Orang Tua” – Imran Bard Balas Kenyataan Ellie Suriaty | Oh! Media

Pempengaruh terkenal, Imran Bard mengaku sedikit beremosi apabila ibunya diminta memohon maaf sedangkan tengah sakit di hospital.

BACA: Imran Bard Rasa Nama Ellie Suriaty Disebut Dalam Konten Bukan Perkara Besar

Dalam video penjelasan terbaru, Imran bagaimanapun berkata, dia masih menghormati Ellie Suriaty yang dikatakannya sebagai orang tua dan artis veteran yang ‘lejen’.

Imran Bard masih hormati mak cik Ellie Suriaty

Jelasnya lagi, dia sedikit marah apabila dalam keadaan ibunya sakit tiba-tiba diminta untuk tampil memohon maaf bagi pihaknya.

Guys, jangan salah sangka dengan saya. Saya masih menghormati mak cik Ellie sebagai orang tua, sebagai artis veteran. Nak tak nak dia masih lejen. Cuma tadi sedikit marah jela, sebab mak tengah masuk air tetiba mak kena minta maaf pulak.

Ujar Imran, dia sedikit kecewa kerana banyak perkara yang perlu diuruskan. Dia juga perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke Tangkak dan ke Kluang, Johor.

Tuai pelbagai reaksi netizen

imran bard

Video berdurasi 46 saat di TikTok itu mengundang lebih 800 komen daripada netizen. Mereka mempertahankan Imran yang dikatakan tidak niat mahu mempersenda Ellie dalam video parodinya baru-baru ini.

Tak kurang juga yang menasihati pempengaruh ini supaya bersikap lebih profesional. Mereka meminta Imran untuk menghubungi Ellie dan meminta maaf secara baik.

#ApaKataOhmedia

Kami setuju cadangan meminta Imran untuk bersemuka dengan Ellie menyelesaikan isu ini. Sebaiknya begitulah kan? Bila berdepan lebih mudah untuk berbincang dan mencapai kata sepakat.


Scroll to Top