Penyanyi Nadeera enggan mengulas lanjut apabila namanya dipetik sebagai individu yang ditangkap khalwat dengan suami orang.
Memetik mStar Online, Nadeera berkata dia enggan melayan fitnah berkenaan kerana sebelum ini fokusnya adalah untuk memberikan persembahan terbaik di AJL39.
BACA: JAIS Sahkan Artis Ditangkap Khalwat Tapi Bukan Nadeera
“Saya tak ambil pusing perkara itu sebab bukan saya orangnya. Selama sebulan memang saya fokus pada AJL39 sahaja,” katanya.
Sementara itu, Nadeera berkata jika dakwaan tersebut bertujuan cuba menjatuhkan imejnya, dia memaafkan pelaku tersebut serta meminta individu itu bertaubat.
“Andai kata ada yang cuba menjatuhkan saya, tidak mengapa saya maafkan. Saya cuba berharap orang itu bertaubat lagi-lagi dah nak masuk bulan Ramadan ini,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan di media sosial mengenai seorang penyanyi wanita ditangkap khalwat bersama suami orang.
Susulan itu, nama Nadeera dikaitkan sebagai individu yang ditangkap namun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan bukan Nadeera penyanyi yang ditahan.
SUMBER: mStar Online