Rasanya satu Malaysia sudah tahu penyanyi Bella Astillah kini sedang digosipkan dengan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq selepas berkolaborasi menjadi duta pakaian.
BACA: “Bagai Romeo Dan Juliet” – Ibu Syed Saddiq Respon Hubungan Anak Dengan Bella Astillah
Terbaru, pelakon Muaz Zabir yang pernah rapat dengan Bella Astillah mengakui reda dengan takdir dan mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut.
Mengaku pernah rapat, reda dengan takdir

Saya dan Bella pernah rapat dan kami sudah berdamai dengan takdir yang tak boleh diubah. Jadi, kami teruskan kehidupan dengan versi lebih baik.
Lapor Kosmo! mereka kini lebih fokus pada kerja dan tidak menyangka hubungan Bella dan Syed Saddiq menjadi fenomena serta mendapat perhatian ramai.
Muaz tiada masalah dengan Bella

Menjawab spekulasi mengenai hubungan mereka, Muaz menegaskan bahawa dia dan Bella masih berhubungan baik dan tiada sebarang konflik meskipun pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa.
Saya dengan Bella tiada isu sama ada tidak bertegur atau bergaduh. Kami ada juga jumpa untuk mesyuarat bersama duta-duta lain. Jadi, kami memang dalam keadaan baik.
Pelakon drama Keluarga Itu ini juga tidak menafikan bahawa sejak awal kontroversi mereka, dia dan Bella sememangnya rapat.
Namun, kini segalanya telah berlalu dan dia menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Ilahi.
