“Saya Dibesarkan Oleh Mak Saya Seorang” – Nora Danish Buka Cerita Hidupnya, Pilih Hidup Tenang Dari Kaya | Oh! Media

“Saya Dibesarkan Oleh Mak Saya Seorang” – Nora Danish Buka Cerita Hidupnya, Pilih Hidup Tenang Dari Kaya | Oh! Media

Pelakon terkenal, Nora Danish berkongsi tentang perasaannya yang membesar tanpa seorang bapa dalam sebuah podcast bersama Neelofa.

Dalam episod tersebut, Nora mendedahkan bagaimana ketiadaan seorang ‘father figure’ telah mempengaruhi kehidupannya sejak kecil.

Nora menceritakan bahawa dia tidak pernah merasa kebahagiaan sebuah keluarga yang lengkap kerana bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil.

Dia membesar bersama ibunya dan kakak-kakaknya, dan tidak pernah melihat bagaimana seorang suami menjaga keluarganya dengan baik.

Saya tak pernah tengok sebuah keluarga yang betul-betul bahagia sebab bapa saya meninggal dunia waktu saya kecil.

Saya dibesarkan oleh mak saya seorang, kakak saya semua perempuan. Jadi saya tak pernah tengok macam mana suami jaga, macam mana ‘father figure’, macam mana mak saya jaga suami dengan betul.

Depan mata saya tak ada, kosong.

Pelakon yang sinonim dengan drama Puteri itu turut mengakui bahawa, jika dia mempunyai lebih banyak ilmu dan panduan, mungkin kehidupannya akan menjadi lebih baik, terutama dalam mengendalikan rumah tangga.

nora danish

Nora juga menunjukkan kesedaran bahawa ilmu dan pengalaman adalah penting dalam membentuk kebahagiaan rumah tangga.

Ketika membincangkan mengenai keinginannya dalam hidup, Nora berkata bahawa kini dia lebih fokus untuk mencari ketenangan daripada mengejar kekayaan dunia.

Kekayaan bukan benda pertama saya cari, saya cuma nak hidup selesa boleh pergi mana saya nak. Hati dah mendapat ketenangan. Pergi mana-mana tu, Pulau Perhentian pun saya dah bersyukur.

Terdahulu, Nora Danish mencuri tumpuan selepas muncul dengan imej berhijab selepas bercerai. Nora berkata, dirinya terbuka hati untuk bertudung selepas kerap mengikuti kelas-kelas keagamaan.


Scroll to Top